![]() |
| bersama SEBAHAGIAN DARIPADA SELEKSI KUIH SECUKUP RASA YANG MENDAPAT SAMBUTAN BAIK DARIPADA PEMINAT-PEMINATNYA. |
KERANA minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan, penyanyi terkenal Nora mengenepikan statusnya sebagai orang ternama dan sanggup turun padang.
Mengusahakan perniagaan kuih raya sudah menjadi tradisi buat penyanyi yang juga isteri kepada komposer ternama, Johan Nawawi sejak beberapa tahun lalu.
Justeru, tidak hairanlah apabila kuih-kuih yang dijual beliau sama ada secara langsung atau menerusi tempahan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat bukan saja dari dalam negara bahkan ada juga pembeli dari luar negara.
“Saya gembira dan bersyukur apabila orang ramai suka dengan kuih-kuih yang saya jual. Dalam memastikan kuih-kuih ini mendapat sambutan saya memastikan apa yang dijual memenuhi selera serta menawarkan mereka harga yang berpatutan,” kata Nora yang ditemui di Restoran Salero Negori di pusat membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.
Pada pertemuan itu juga, Nora turut memberi penerangan mengenai kuih muih yang turut dijual secara langsung di kedai makan yang sangat popular itu.
Lalu, andai ada yang berada di Amcorp Mall, jangan sesekali segan untuk singgah ke kedai makan Salero Negori kerana lebih 10 jenis kuih Secukup Rasa yang diniagakan di situ.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Dendam Dalam Diam itu turut memberitahu, melihat peminat dan masyarakat datang membeli kuih yang dijualnya sangat menggembirakannya.
Apatah lagi, ada di kalangan mereka yang disedari Nora merupakan peminat setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap perniagaannya.
“Sokongan daripada peminat dan masyarakat memberi motivasi buat saya untuk terus memastikan perniagaan ini berkembang dengan lebih pesat lagi,” jelas Nora yang juga ibu tiga orang cahaya mata itu lagi.
Kuih raya berjenama Secukup Rasa kata Nora, dihasilkan di sebuah kilang yang terletak di Subang Jaya, Selangor di bawah penyeliaan syarikat yang diasaskannya, WNA Industries.
Mereka yang berminat dengan seleksi kuih yang dijual penghibur yang manis dengan imej bertudung itu boleh melayari laman web www.secukuprasa.com.my atau e-mel ke info@secukuprasa.com.my.
Apa yang menarik mengenai seleksi kuih Secukup Rasa ialah, ia bukan hanya merangkumi resepi-resepi modan seperti seperi Choc Shortbread, Silver Almond, Pineapple Tart dan Choc Chips sahaja.
Sebaliknya, Nora turut memberi perhatian pada seleksi resepi yang diwarisi serta begitu popular setiap kali menjelang lebaran iaitu kuih Semperit.
Kalau itu belum cukup, WNA Industries juga jelasnya, turut menawarkan jualan karipap mini, mini murtabak serta roti boom segera yang turut menjadi pilihan ramai.
Menyedari betapa masyarakat sering skeptikal terhadap perniagaan makanan yang pengusahanya lazimnya sekadar berniaga tanpa memikirkan kualiti menyebabkan Nora bertegas cuba menafikan sebaik mungkin pandangan itu.
Justeru, dalam memelihara kualiti kuih, Nora secara peribadi akan mengawal produksi kuih-kuih berkenaan dengan memastikan kesemua resepi kuih yang diniagakannya itu sama seperti apa yang dinikmati oleh masyarakat jika disediakan di rumah sendiri.
“Pendek kata, kuih-kuih yang saya jual rasanya hampir sama dengan apa yang dibuat sendiri oleh masyarakat.
“Bezanya kami membantu memudahkan kerja orang ramai. Mereka boleh menempah dan kami akan penuhi kehendak mereka,” kata Nora sambil memberitahu WNA Industries turut menawarkan khidmat penyediaan hamper raya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: