Tuesday, September 15, 2009

Syarat lelaki pilihan Sushmita


SUSHMITA SEN


SEBELUM ini aktres jelita Bollywood, Sushmita Sen sering dikaitkan dengan ramai lelaki. Antara lelaki yang pernah tersenarai dalam pilihan hati Sushmita ialah Randeep Hooda dan Mudassar Aziz. Bahkan satu persatu nama terus disatukan dengan Sushmita, kononnya menjalinkan cinta dengan aktres itu.

Hakikatnya, pelakon berusia 33 tahun itu terang-terangan memberitahu dia belum punya sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga melainkan ada individu yang 'berkemampuan' untuknya.

"Kalau ada lelaki yang memiliki kemampuan untuk hidup dengan saya, sudah tentunya saya akan menamatkan zaman bujang tanpa perlu menunggu lagi," katanya.

Bekas Ratu Cantik itu sememangnya terkenal antara selebriti yang sentiasa di kelilingi dengan barang dan jenama mewah dalam kehidupan hariannya.

Dalam pada itu, wajah Sushmita bakal dilihat di layar lebar dalam tempoh kurang tiga minggu lagi selepas sudah lama dia tidak muncul dengan filem terbaru.

Kali terakhir Sushmita melibatkan diri dengan filem yang berjudul Do Knot Disturb bersama syarikat produksi Big Picture & Vashu Bhagnani.

"Kehidupan saya selama ini cukup bagus dan menarik. Saya selalu memastikan diri untuk melibatkan diri dengan filem yang bercorak komersial saja.

"Ini kerana saya enggan membuang masa yang sememangnya berharga untuk melakukan satu-satu perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

"Saya sering mengamalkan prinsip untuk menonjolkan lakonan yang terbaik selepas orang ramai tidak menyaksikan wajah saya di layar lebar. Kalau boleh saya inginkan penantian mereka berbaloi," jelasnya.

Turut berlakon dalam filem yang bakal dilancarkan pada 2 Oktober nanti itu ialah Govinda, Riteish Deshmukh dan Lara Dutta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: