Monday, September 14, 2009

SPNB bangunkan kediaman dua, empat bilik tidur


SPNB akan bangunkan rumah mampu milik yang memiliki dua dan empat bilik tidur dalam tempoh setahun lagi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) akan mempelbagai jenis rumah yang dibangunkannya kepada kediaman yang memiliki dua bilik dan empat bilik sebagai usaha untuk memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

Pengarah Urusan SPNB, Dr. Kamarul Rashdan Salleh (gambar) berkata, projek rumah yang termaktub di bawah Program Rumah Mampu Milik itu dijangka dimulakan dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang.

Beliau yang tidak dapat mengulas lanjut mengenainya kerana ia masih di peringkat perbincangan, optimis bahawa projek sedemikian akan dapat merancakkan lagi permintaan daripada pengguna sekali gus menjana jualan untuk syarikat bagi jangka masa panjang.

Buat masa ini, SPNB hanya tertumpu kepada pembinaan rumah kediaman tiga bilik tidur yang dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsepkan mesra keluarga dan lebih selesa kepada penghuninya.

Rumah berkenaan memiliki keluasan lantai 700 kaki persegi, kos sederhana rendah (750 kaki persegi) dan kos sederhana (800 kaki persegi ke atas) dan harga di sekitar RM35,000 seunit untuk pasaran di Semenanjung Malaysia manakala RM50,000 di Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: