
KASIM memeriksa tanda harga di sebuah gerai daging di Pasar Peladang Skudai dalam operasi pemantauan harga barang di sekitar Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Kegagalan mempamerkan tanda harga merupakan antara kesalahan paling banyak dikesan di beberapa pasar awam dan kedai runcit di sekitar bandar raya ini.
Ketua Pemantauan, Persatuan Pengguna Bumiputera Negeri Johor (PPBNJ), Kasim Yusoff berkata, antara kesalahan tersebut termasuk tidak meletakkan harga bagi barang kawalan seperti beras, gula dan minyak masak.
Menurut beliau, antara alasan yang sering diberikan oleh peniaga adalah tanda harga tidak penting kerana pembeli sudah mengetahui harga barangan yang dijual.
"Para peniaga perlu faham bahawa tanda harga bukan hanya untuk tujuan jual beli, tetapi bertujuan memberi pengguna lebih kuasa membuat perbandingan dan keputusan pembelian serta mengelakkan penipuan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: