Monday, September 14, 2009

Beli pakej produk jadi ahli TRI International


DARI kiri: Ibrahim, Rahmad, Ghazali dan Ahmad Fairul menunjukkan dua produk utama TRI International di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - TRI International Sdn. Bhd. (TRI International) menyasarkan untuk menambah keahliannya kepada kira-kira 50,000 orang termasuk ejen pengedaran di seluruh negara menjelang akhir tahun ini sebagai usaha untuk meluaskan rangkaian pemasarannya.

Menurut Presiden Antarabangsanya, Dr. Ahmad Fairul Fauzi, sasaran itu mampu dicapai memandangkan sambutan menggalakkan yang diterimanya terhadap dua produk utama keluaran syarikat tersebut iaitu jus manggis botanikal dan set minyak wangi perkasa prefuroma.

Katanya, ini dapat dilihat daripada pertambahan mendadak dalam jumlah ahlinya dalam tempoh lima hari selepas produknya diperkenalkan di pasaran kepada 1,000 orang melalui kempen yang dikenali sebanyak cash dream.cc.

"Memandangkan maklum balas yang diterima amat positif, TRI International yakin akan mencapai sasaran itu di samping mampu menjana hasil jualan sehingga RM3 juta menjelang akhir tahun ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: