Monday, September 14, 2009

Dua bulan diturap jalan rosak semula


JALAN di Kampung Balik Bukit yang baru dua bulan dibina rosak teruk akibat kerap dilalui kenderaan berat di Melaka semalam.


MELAKA - Penduduk di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang di sini kecewa apabila jalan yang baru dua bulan siap diturap kini sudah rosak semula.

Mereka mendakwa, kemudahan jalan itu kini tidak lagi boleh digunakan selepas 'dilanyak' kenderaan berat yang kerap lalu di situ.

Keadaan itu menimbulkan kesulitan kepada kira-kira 1,200 penduduk kampung berkenaan yang terpaksa meredah jalan berlubang dan berlumpur terutama ketika hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Balik Bukit, Wahid Abdul berkata, jalan sepanjang kira-kira 350 meter itu diturap kira-kira dua bulan lalu bagi memudahkan penduduk kampung ke masjid dan sekolah agama.

"Namun sebulan selepas dibina, jalan ini sudah rosak teruk sehingga langsung tidak boleh dilalui sekarang ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: