Sunday, September 27, 2009

Muzik BEP untuk semua


KEMUNCULAN kali ketiga BEP di Kuala Lumpur berdepan cabaran.


BUKAN kali pertama kumpulan hip hop dari Amerika Syarikat ini datang ke Malaysia Bukan kali pertama juga Black Eye Peas (BEP) yang dianggotai oleh Fergie, Will.i.am, Tabu dan Apl.de.ap ini mempelajari budaya Asia dan tatasusilanya.

Tetapi untuk jejak kali ketiga ini, mereka perlu berhadapan dengan bantahan segelintir masyarakyat Islam Malaysia kerana konsert itu ditaja oleh sebuah syarikat minuman keras. Ada juga ura-ura supaya konsert itu cuma boleh disaksikan oleh penonton bukan Islam berumur 18 tahun ke atas.

Bagaimanapun, konsert BEP tetap berlangsung tanpa sebarang sekatan di Sunway Lagoon Surf Beach Jumaat lalu.

Bila kali pertama anda mendengar tentang bantahan itu?

WILL (W): Saya mendapat SMS daripada seseorang. Mulanya saya tidak percaya. Bila saya periksa berita online, ternyata ia benar. Saya terus menelefon pihak pengurusan untuk mendapatkan pengesahan. Saya cuma tertanya kenapa perkara seperti ini harus terjadi kerana ini bukan kali pertama kami ke Malaysia.

Tapi kami faham mesti ada sebab di sebaliknya. Kami periksa dan kami tahu kenapa. Mujurlah kami berjaya membetulkan keadaan. Kami mahu semua peminat dapat menonton konsert ini. Lagipun muzik BEP adalah milik semua orang. Kami mahu mereka berseronok dengan muzik kami.

Bagaimana dengan album terbaru, The E.N.D?

APL (A): Kami sangat bangga dengan album ini kerana penerimaan peminat dari semua negara begitu mengujakan.

Tapi ada segolongan pendengar yang merasakan lirik-lirik anda tidak mempunyai makna?

W: Tidak semua perkara perlu mendalam atau ditulis secara sanskrit. Kami membuat muzik dan lirik untuk hiburan dan keseronokan. Lagipun kami bukannya mahu menulis kitab suci atau buku sains. Ia cuma untuk bergembira dan berseronok.

Anda baca komen tentang konsert dan album anda?

W: Ya, secara online. Ada yang kami rasakan cool malah banyak pula yang membuatkan kami tersenyum dan ketawa.

Apakah perkara paling utama bagi BEP untuk menjaga stamina di atas pentas?

W: Sebenarnya, kami berseronok dan menikmati setiap masa di atas pentas. Kami melepaskan diri kami untuk setiap konsert dan persembahan. Itu adalah stamina kami.

A: Saya pergi ke gimnasium setiap hari. Kecuali Will, dia tidak pergi gim.

BEP mahu dikenang sebagai apa?

W: Kawan. Lihatlah kami, kami adalah kawan-kawan. Bila di atas pentas juga kami menjadi kawan dalam menyampaikan lagu-lagu yang mempunyai mesej dan isu. Lagu-lagu itu diperdengarkan ke serata dunia. Kami pernah membuat lagu tentang isu pengganas dan kami seronok sebagai kawan melalui lagu I Gotta Feeling. BEP mahu dikenang sebagai kawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: