Wednesday, September 2, 2009

Muhammad Ali jejaki keturunan di Ireland


GAMBAR menunjukkan Muhammad Ali bersama bekas pemain bola sepak Ireland, Paul McGrath di sebuah hotel di Dublin kelmarin.


DUBLIN - Petinju legenda dari Amerika Syarikat (AS), Muhammad Ali kini menjejaki asal-usul keturunanya yang berasal daripada Ennis, Ireland.

Berpuluh-puluh ribu penduduk di sini menanti ketibaan juara tinju heavyweight dunia sebanyak tiga kali itu di Ennis yang merupakan tempat asal moyang petinju dunia tersebut, Abe Grady.

Pada 2002, ahli-ahli salasilah mendapati Ali berasal daripada keturunan Grady tetapi petinju itu tidak pernah melawat Ennis sebelum ini.

Grady menetap di AS pada 1860-an dan berkahwin dengan seorang hamba Afrika-Amerika.

Salah seorang cucunya, Odesa Lee Grady Clay ialah ibu Ali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: