Wednesday, September 2, 2009

Noel keluar Oasis kerana sikap adik


GAMBAR menunjukkan Noel (kiri) dan Liam (kanan).


LOS ANGELES - Punca pemain gitar kumpulan Oasis iaitu Noel Gallagher, 42, bertindak keluar daripada kumpulan rock terkenal itu adalah kerana sikap adiknya, Liam Gallagher, 36, lapor sebuah akhbar semalam.

Liam yang merupakan penyanyi kumpulan itu mengeluarkan kenyataan bahawa anak perempuan Noel bukan anak kandungnya.

Dia menyatakan isteri Noel melahirkan anak tersebut selepas menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Kenyataan itu mencetuskan kemarahan Noel yang tidak memaafkan Liam dan menjerit ke arahnya ketika mereka sedang melakukan persiapan untuk membuat persembahan pada Jumaat lalu di Paris.

Satu sumber memberitahu blogger Perez Hilton di laman webnya di Internet: "Adalah sesuatu yang bodoh untuk membuat kenyataan seperti itu. Mereka bergaduh besar apabila dia (Liam) membuat lawak (menyatakan anak Noel mempunyai bapa lain)."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: