
BAGHDAD – Sebuah mahkamah Iraq di sini mengarahkan wartawan yang dituduh melemparkan kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pada Disember lalu dibebaskan dari penjara, kata peguamnya, Dhiaa al-Saad semalam.
Wartawan televisyen berkenaan, Muntazer al-Zaidi sepatutnya keluar dari penjara semalam namun hakim mengarahkan beberapa dokumen dikemukakan sebelum pembebasannya.
Menurut prosedur jenayah Iraq, banduan hanya dibenarkan keluar dari penjara sehari selepas keputusan mahkamah diputuskan.
Berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia melihat Muntazer melemparkan kasut ke arah bekas presiden AS itu sambil memanggilnya ‘anjing’.
Muntazer dijatuhkan penjara tiga tahun kerana menyerang seorang pemimpin asing tetapi hukuman itu dikurangkan kepada setahun, kata Dhiaa.
Dia menjalani tiga perempat hukuman penjara tanpa melakukan sebarang masalah disiplin sekali gus melayakkannya dibebaskan lebih awal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: