Tuesday, September 15, 2009

Indonesia tak perbaharui pasport pembantu rumah gaji bawah RM600


DA'I BACHTIAR


JAKARTA - Pemerintah Indonesia tidak akan memperbaharui pasport rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia yang menerima gaji di bawah RM600, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan itu dilakukan untuk menekan majikan agar mereka menaikkan gaji Tenaga Kerja Indonesia (TKI) pada gaji minimum RM600 seperti yang dipersetujui pada tahun ini.

"(Walaupun dibantah Malaysia), ini salah satu upaya agar majikan menandatangani kontrak kerja baru di samping kenaikan gaji," ujar Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar ketika dihubungi dari Jakarta kelmarin.

Sejak Mei 2009, Kementerian Buruh Republik Indonesia (KBSI) mewajibkan majikan Malaysia menandatangani kontrak kerja baru di mana antara syaratnya adalah pemberian gaji minimum RM600 kepada pembantu rumah.

Jika majikan tidak setuju, pasport tidak akan diperbaharui dan pembantu rumah itu perlu dihantar pulang ke Indonesia.

Gaji pembantu Indonesia di Malaysia sekarang berada pada purata antara RM400 dan RM500 sebulan.

Namun, langkah itu menimbulkan reaksi tidak puas hati daripada Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Dr. S. Subramaniam turut menimbulkan isu tersebut selepas menerima banyak aduan daripada majikan, pembantu rumah dan ejen pekerjaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: