![]() |
| |
NEW YORK - Kes ketua mafia paling terkenal di sini, John Gotti Jr (gambar) didengar semalam dalam usaha pihak berkuasa persekutuan mahu dia dipenjarakan.
Gotti sebelum ini berjaya memboloskan diri daripada undang-undang setiap kali dia didakwa.
Pemilihan juri akan diadakan di sebuah Mahkamah Persekutuan Manhattan di mana Gotti, 45, didakwa terbabit dalam tiga kes pembunuhan berkaitan mafia di New York dan Florida.
Bagaimanapun, Gotti iaitu anak lelaki ketua geng mafia John Gotti, berkata, dia langsung tiada kaitan dengan jenayah keluarga mafia itu.
Dia telah beberapa kali didakwa sejak lima tahun lalu tetapi terlepas daripada menerima hukuman setiap kali dihadapkan ke mahkamah.
Beberapa peguamnya menyatakan dakwaan kali ini lebih bersifat dendam pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) terhadap anak guam mereka yang tidak bersalah.
Pihak pendakwa raya dijangka mengemukakan beberapa pengakuan saksi yang dapat mengukuhkan pendakwan setebal 26 muka surat terhadap Gotti.
Gotti yang berasal dari keluarga Gambino mengambil alih tugas sebagai ketua sejak bapanya meninggal dunia di dalam penjara pada 2002.
Antara saksi penting yang akan dipanggil termasuk bekas rakannya yang juga seorang ahli kumpulan mafia, John Alite dan Charles Carneglia iaitu orang suruhan Gotti yang akan memberi keterangan pada Februari depan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: