Thursday, September 10, 2009

Jentera bomba AS terbenam


SEBUAH jentera bomba terbenam ke dalam lubang di Kampung Valley, Los Angeles.



LOS ANGELES - Beberapa anggota bomba di Amerika Syarikat (AS) memerlukan bantuan apabila jentera mereka terbenam ke dalam sebuah lubang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian baru-baru ini, pasukan bomba berkenaan dalam perjalanan untuk menangani masalah banjir kilat akibat paip pecah di sebuah kawasan perumahan di Kampung Valley, Lembah San Fernando di sini.

Namun, berat enjin kereta bomba itu menyebabkan berlakunya tanah jerlus di lokasi kejadian manakala jentera tersebut terbenam ke dalam lubang besar berisi air dan lumpur.

Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku kerana dua anggota bomba yang berada di dalam trak tersebut sempat menyelamatkan diri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: