Thursday, September 10, 2009

Budak 7 tahun jadi penerjun termuda


TOM terjun bersama bapanya, Peter di Tasik Bled, Slovenia.



TASIK BLED, Slovenia - Seorang budak lelaki yang berusia tujuh tahun, Tom Hayes dipercayai menjadi penerjun payung udara termuda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Kakaknya, Lucy yang berusia lapan tahun turut terjun di Tasik Bled, Slovenia baru-baru ini dan menjadi penerjun perempuan paling muda Britain.

Mereka melakukan aktiviti penerjunan itu di luar Britain kerana negara tersebut melarang kanak-kanak dan remaja berumur bawah 16 tahun melakukan aktiviti lasak.

Dua beradik dari Sawston, Britain itu berkata, mereka terjun dari pesawat turbo Cessna 206 pada ketinggian 2,743 meter ketika bercuti bersama keluarga di negara bekas Yugoslavia itu.

"Saya bercerita pengalaman ini kepada rakan-rakan di sekolah selepas musim cuti persekolahan dan ramai tidak percaya kami terbang bebas di ruang angkasa," kata Tom.

Kanak-kanak itu terjun bersama bapa mereka, Peter yang berumur 54 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: