Thursday, September 10, 2009

Penduduk guna asid usir pelacur


SEORANG pelacur menawarkan perkhidmatannya di sebatang jalan raya di Jerman. - Gambar hiasan



BERLIN - Sebahagian penduduk di bandar Vierlinden dekat sini mengancam mahu menggunakan asid berbau busuk bagi mengusir pelacur dan membersihkan semula kawasan mereka daripada kegiatan pelacuran, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar tempatan, Markische Allgemeine melaporkan, Datuk Bandar Vierlinden, Dirk Illgenstein berkata, dia bimbang imej bandar di wilayah bersempadan dengan negara Poland itu terjejas akibat kehadiran pelacur.

Menurut laporan akhbar itu, ketua-ketua penduduk di bandar tersebut akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan aktiviti pelacuran di bandar mereka.

Gambar-gambar pelanggan yang melanggan pelacur itu akan dirakamkan manakala identiti mereka disiarkan di Internet.

Asid berbau busuk akan digunakan untuk menghapuskan aktiviti pelacuran itu.

Namun, idea itu dikritik oleh seorang pengarah sebuah pertubuhan kaunseling wanita di Frankfurt, Uta Ludwig.

Dia berkata: "Idea itu tidak masuk akal dan merupakan satu diskriminasi seperti yang berlaku pada zaman pertengahan dulu apabila ahli-ahli sihir diburu."

Menurutnya, dia akan mengadakan satu perbincangan dengan wakil-wakil masyarakat bagi menyelesaikan masalah itu.

Terdapat sepuluh pelacur dari Bulgaria dan Poland yang bertugas pada setiap hari di beberapa lokasi di lebuh raya persekutuan Bundesstrasse dengan bayaran yang dikenakan antara 20 hingga 50 euro (RM101 hingga RM253).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: