
PETALING JAYA - Meskipun keadaan ekonomi kini masih lembap, MK Land Holdings Bhd. (MK Land) mencatatkan pertumbuhan bagi segmen hotel dan resortnya, termasuk Bukit Merah Laketown Resort, Taiping Golf Resort dan Langkawi Lagoon Resort pada tahun ini.
Pengurus Besar Kanan MK Land Hotels and Resorts, Annuar Yang Ghazali berkata, syarikat itu mengunjurkan jualan bernilai RM52 juta bagi tahun kewangannya yang berakhir pada 30 Jun 2010 dan RM56 juta pada 2011.
"Mengenai keadaan ekonomi, kami menganggap ia kini semakin baik," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MK Land, Kumpulan Emkay dan Kelab Sosial, Kebajikan dan Sukan Angkatan Tentera Malaysia di sini semalam.
MoU itu bertujuan untuk mempromosikan tiga resort yang diuruskan MK Land dan Belum Rain Forest Resort oleh Kumpulan Emkay di kalangan anggota kelab Angkatan Tentera.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: