
KUALA LUMPUR – Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., (Panasonic Malaysia) menjangkakan lebih 50,000 pengunjung membanjiri pameran eko Panasonic, Pameran Power of Innovation yang bakal diadakan di Pusat Pameran Mid Valley bermula 1 Oktober ini.
Timbalan Pengarah Pemasaran Produk Konsumernya, Cheng Chee Chung, berkata, pameran selama empat hari yang berkonsepkan Mottainai yang bermakna ‘jangan membazir’ dalam bahasa Jepun itu diyakini akan menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung khususnya golongan muda.
Katanya, Mottainai juga dipilih dalam pameran Panasonic Malaysia pada tahun ini kerana ia menekankan aspek kepentingan keprihatinan dan pemahaman terhadap alam sekitar di kalangan orang ramai.
“Malah kami telah mengamalkan konsep berkenaan terhadap pengeluaran produk yang mesra alam sekitar dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air,’’ katanya pada sidang media mengenai pameran tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: