Tuesday, September 15, 2009

Hero baru dapat RM300?

Terkejut juga Mangga Muda dengar aduan seorang pelakon baru yang dapat bayaran RM300 untuk melakonkan watak utama dalam sebuah telefilem baru-baru ini.

Kalau tahu itulah bayaran yang akan diterimanya pastilah pelakon baru itu menolak dari awal, tapi segala-galanya berlaku dengan kaedah penipuan terancang oleh pengarah drama tersebut. Pelakon baru itu enggan mendedahkan nama pengarah itu sebab tidak mahu mengaibkan namanya yang sangat popular itu.

Lebih-lebih lagi apabila luahannya dibuat pada bulan puasa. Mangga Muda pun tak naklah mendesak dia bercerita siapakah pengarah yang dimaksudkan. Tapi rasa-rasanya Mangga Muda tahu siapakah yang dimaksudkan itu.

Ceritanya macam ini. Pelakon baru itu dah banyak berlakon, tapi belum dapat tawaran berlakon watak utama. Kiranya melalui drama itulah dia boleh digelar hero drama. Apabila dapat tawaran berlakon watak utama pastilah dia teruja.

Sejak awal lagi dia sudah mintak kontrak sebab di situlah jumlah bayaran akan dinyatakan, tapi pengarah itu memberi seribu alasan mengatakan belum siap dan akan diberi kemudian. Oleh kerana percayakan kredibiliti pengarah itu, dia berlakon sahajalah.

Apabila selesai, barulah dapat kontraknya dan terkejut beruk dia apabila menerima bayaran RM300 sahaja. Apa nak buat segala-galanya sudah selesai, terpaksalah dia telan sahaja walaupun bayarannya lebih rendah daripada bayaran pelakon tambahan dengan produksi lain.

"Saya anggap drama ini sebagai menambahkan portfolio saya sajalah... nak buat macam mana dah itu nasib saya," kata pelakon baru itu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: