Tuesday, September 15, 2009

Baki 15 rumah dirobohkan


Pekerja-pekerja merobohkan rumah seorang penduduk selepas tempoh yang diberikan pemaju Kampung Buah Pala untuk mereka berkemas berakhir semalam.


GEORGE TOWN - Selepas empat kali tertangguh, pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn. Bhd. akhirnya meneruskan kerja-kerja meroboh kediaman penduduk di kampung tersebut di sini semalam.

Operasi yang bermula pada pukul 11 pagi itu menyaksikan sebanyak 15 baki kediaman yang masih berpenghuni dirobohkan oleh kira-kira 30 kakitangan SRE Ventures Contractors (SRE VC) menggunakan dua buah jentolak dengan kehadiran kira-kira 100 anggota polis.

Bagi mengelakkan kekecohan, polis bertindak menutup dua laluan masuk ke kampung berkenaan seawal pukul 6.30 pagi bagi memastikan kerja-kerja meroboh itu berjalan lancar.

Terdahulu, Pengarah Nusmetro, Garry Ho bersama tiga pegawai mahkamah dilihat masuk ke kampung itu setelah baki tujuh keluarga yang ada masih enggan berganjak dan meminta tempoh roboh dilanjutkan.

Ho bagaimanapun menggeleng-gelengkan kepala dan menegaskan, penduduk telah diberi tempoh 10 hari untuk berkemas bermula 4 September lalu dan operasi meroboh dibuat mengikut arahan mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: