Thursday, September 10, 2009

Mesin DVD ancam kedai video


SEORANG wanita menggunakan mesin jualan automatik cakera video digital (DVD).



LONDON - Rangkaian mesin jualan automatik yang me ngeluarkan cakera video digital (DVD) untuk disewa dengan caj serendah £1.50 (RM8.70) bakal beroperasi di United Kingdom tidak lama lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan mesin DVD itu bagaimanapun dikhuatiri bakal mengancam kewujudan kedai sewaan video.

Sebelum ini, mesin tersebut yang dikenali sebagai Redbox terbukti laris di Amerika Syarikat (AS) apabila ia ditempatkan di 18,000 lokasi di AS.

Syarikat Coinstar yang memiliki Redbox akan me nempatkan mesin DVD itu di 18 pasar raya Tesco buat permulaan tetapi ia akan diperluaskan di Britain jika mendapat sambutan.

"Mesin DVD itu laris kerana urusannya mudah dan cepat. Anda boleh pergi ke pasar raya untuk mendapatkan DVD," kata seorang jurucakap Coninstar.

Pengguna-pengguna berpeluang menyewa sehingga empat DVD sekali gus.

Mesin itu turut menerima kembali DVD yang dipinjam tetapi mereka boleh membayar yuran langganan £9.99 (RM57.70) setiap bulan jika mahu meminjam tanpa had.

Setiap mesin DVD itu akan menyimpan 300 DVD terkini dan bekalan akan ditambah pada setiap minggu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: