
HULU TERENGGANU - "Kalau boleh tolonglah bebaskan dia lebih awal."
Itulah rayuan warga tua, Wook Kundur, 107, supaya pihak berkuasa memendekkan tempoh tahanan suaminya, Mohd. Nor Che Musa, 38, yang kini ditempatkan di Pusat Serenti Sungai Besi (Persada), Kuala Lumpur.
Untuk tujuan itu, Wook sanggup bertemu dengan komandan pusat pemulihan itu bagi menyatakan hasratnya.
"Kalau Tok dapat pergi ke sana, Tok hendak merayu kepada ketua di tempat itu supaya Nor dibebaskan lebih awal.
"Kalau dia (komandan) tidak boleh buat, Tok hendak minta tolong orang lain seperti menteri terbabit atau sesiapa sahaja yang boleh membebaskan Nor," katanya kepada Kosmo! di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat di sini semalam.
Menurut Wook, memandangkan dirinya tidak begitu sihat sekarang, dia bimbang akan menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat bertemu suami tersayang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: