
SEKUMPULAN murid sekolah rendah
menunggu untuk masuk ke kelas masing-masing pada hari pertama
persekolahan selepas cuti musim panas. Namun, 1.3 orang murid sekolah di
Mexico tidak dapat bersekolah kerana guru mengadakan mogok.
BANDAR RAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya 1.3 juta pelajar di Mexico terlepas sesi pertama persekolahan kelmarin apabila berpuluh-puluh ribu guru menyertai mogok kerana membantah pembaharuan dalam sistem pendidikan di negara itu.
Perubahan tersebut bermakna para guru yang tidak menunjukkan prestasi baik mungkin tidak dinaikkan pangkat atau berisiko dipecat.
Mogok di seluruh negara itu tertumpu di negeri Oaxaca, selatan Mexico.
Gabenor Oaxaca, Gabino Cue berkata, sebahagian 70,000 guru tidak hadir ke sekolah bagi membantah pembaharuan yang dilulus- kan pada Disember lalu oleh tiga parti utama di negara itu.
Secara keseluruhan, kira-kira 26 juta pelajar dan 1.2 juta guru kembali ke sekolah kelmarin selepas cuti musim panas berakhir.
Di negeri Guerrero, para guru hadir ke sekolah, namun mereka juga memberi amaran kemungkinan melancarkan mogok tidak lama lagi.
Setakat malam kelmarin, kira-kira 100 orang guru menyerbu Parlimen semasa sejumlah wakil rakyat membahaskan undang- undang pembaharuan pendidikan berasingan.
Kumpulan penunjuk perasaan membaling batu dan sebuah kereta diterbalikkan di luar parlimen.
Bagaimanapun, polis berjaya menyuraikan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: