CHENDERAH - Sebuah keluarga yang serba kekurangan di Taman
Chenderawasih, di sini, dibelenggu kebimbangan selepas gagal melunaskan
cukai taksiran berjumlah RM355.70 yang diterima baru-baru ini.
Mesah Yahya, 58 berkata, jumlah itu meliputi tunggakan cukai bagi tempoh dua penggal.
Menurutnya, pada awal Julai lalu, mereka menerima notis daripada pihak Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang meminta supaya tunggakan bagi cukai taksiran diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan dan sekiranya gagal ada kemungkinan rumah yang duduki akan disita.
“Perbelanjaan harian keluarga sahaja sering tidak mencukupi bagaimana pula ingin menjelaskan tunggakan berkenaan.
“Walaupun menerima bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), namun bantuan itu cukup-cukup digunakan untuk menyara keluarga dan anak yang bersekolah,” katanya.
Mesah yang hampir lumpuh separuh badan berkata, sebelum ini segala perbelanjaan ditanggung olehnya dan anak lelakinya, Mohammad Nor Sahalan Roslan, 20, yang bekerja kilang elektronik.
“Pendapatan saya sebagai pengawal keselamatan sekitar RM500 manakala pendapatan anak saya pula sekitar RM400 sebulan. Namun, kini hanya Mohammad Nor yang bekerja selepas saya terbabit dalam kemalangan April lalu.
“Mohammad Nor juga perlu membantu saya menyara adik bongsunya, Nur Zahida Dalila, 19, yang kini belajar di tingkatan enam dan dua cucu yang bersekolah,” katanya.
Sementara itu, wakil MPJ yang dihubungi berkata, pihaknya prihatin terhadap keluarga yang kurang berkemampuan bagi menjelaskan bayaran cukai yang dikenakan.
“Mereka perlu memberikan kami surat rayuan dengan menyertakan bukti penerimaan bantuan bulanan daripada pihak tertentu seperti JKM atau Maim (Majlis Agama Islam Melaka).
“Menerusi surat rayuan itu, pihak kami akan mempertimbangkannya cara pembayarannya yang mana mungkin boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan keluarga berkenaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: