
NIK MOHAMED NOOR (empat dari kiri)
menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang menjadi mangsa rumah
mereka dihanyutkan ombak besar di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Tiga keluarga mangsa rumah yang dihanyutkan ombak besar di Kampung Pulai Gorek, Pantai Cahaya Bulan dekat sini pada 12 Disember lalu menerima bantuan kecemasan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) semalam.
Ketiga-tiga ketua keluarga berkenaan iaitu Che Hamid Che Hamad, 66; Che Amran Che Hamad, 43, dan Che Hussin Che Mamat, 55, menerima bantuan berjumlah RM2,000 setiap seorang.
Bantuan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Baitulmal dan Pembangunan Maik, Nik Mohamed Noor Nik Ishak.
Menurut Nik Mohamed Noor, bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.
“Ia selaras dengan kehendak Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua Maik supaya nasib golongan tidak bernasib baik sentiasa dibela,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: