
ZABIDAH menunjukkan runtuhan tebing
kian menghampiri rumahnya yang terletak di tepi sungai Kampung Bukit
Abal Timur, Pasir Puteh semalam.
PASIR PUTEH – Sebanyak 10 keluarga yang tinggal di tepi sungai Kampung Bukit Abal Timur, dekat sini bimbang rumah mereka bakal roboh ekoran tebing sungai berkenaan semakin terhakis sejak musim banjir baru-baru ini.
Mereka meminta pihak terbabit agar mengambil tindakan segera termasuk membuat penghadang hakisan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Menurut seorang penduduk, Tuan Ismail Tuan Merah, 63, beberapa tahun lalu, batu penghadang bagi mengelakkan hakisan akibat arus deras sudah dibina di sungai berkenaan selepas kebimbangan penduduk dimaklumkan kepada pihak berkenaan.
“Banjir yang melanda di kawasan itu selama beberapa hari baru-baru ini telah menyebabkan tebing sungai berkenaan terhakis teruk.
“Banjir juga menyebabkan batu penghadang tersebut mendap ke dasar sungai,” katanya ketika ditemui semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: