Pengarah telefilem 'Erna Shuraya'. Zamani Ibrahim. Zamani berkata, kesukaran itu berlaku apabila dia dan pengarah bersama dari negara itu, Hauyah Chuchu mempunyai perbezaan pendapat ketika mengarahkan telefilem yang menampilkan pelakon Tasha Shila dan Shakila Khoriri itu.
"Bukan mudah sebenarnya apabila mengarah filem bersama pengarah luar yang mempunyai perbezaan budaya dengan kita. Pening dibuatnya kerana kami berbeza pendapat.
"Malah cara kerjanya juga berbeza apabila mereka lebih tenang bekerja berbanding dengan kita yang ingin menyiapkan sesebuah penggambaran dengan cepat," katanya.
Amran Ismail dan Shakilla Khoriri antara peneraju utama dalam 'Erna Shuraya'.Telefilem Erna Shuraya yang akan disiarkan pada 1 Januari 2013 di TV2 itu turut menampilkan pelakon popular Brunei iaitu Shukri Mahari, Sharin Bali dan Norakmalina Iskandar.
Bagaimanapun tambah Zamani, walaupun terdapat kesukaran itu, namun dia gembira apabila peluang kerjasama dengan pengarah berkenaan memberikan hasil karya yang bagus untuk dipertontonkan pada umum.
"Memang agak sukar apabila kami bekerjasama, banyak perkara boleh dan tidak boleh yang tidak kita lakukan dalam industri seni lakonan tempatan dan ia wajib dipatuhi apabila menghasilkan telefilem di Brunei.

Telefilem ini mengisahkan mengenai seorang gadis licik bernama Erna (Tasha) yang suka melakukan penipuan dalam syarikat-syarikat besar.
Erna telah mengesan seorang hartawan Brunei bernama Hasrul (Shukri Mahari) yang ingin mencari rakan kongsi untuk memberikan idea dalam perniagaannya.
Selepas yakin bahawa Hasrul merupakan mangsa penipuannya, dia terus menjalankan misi ke Brunei untuk menggoda lelaki itu.
Bagaimanapun, Jalil (Sharin Bali), rakan karib Hasrul, telah mengesyaki sesuatu tentang Erna dan memintanya untuk memeriksa latar belakang wanita yang disukainya itu.
Hal tersebut membuatkan Erna lebih berjaga-jaga dengan memanggil rakan karibnya, Shuraya untuk mendapatkan bantuan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: