Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad Shila berkata, gurauannya dengan mengatakan kekasihnya itu mungkin cemburu melihat dia berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah bukanlah dengan niat untuk memperkecilkan Sharnaaz.
"Selepas saya berbincang dengan abah (ND Lala), katanya gurauan seperti itu tidak patut saya ungkapkan secara umum, apatah lagi ia merupakan acara siaran langsung.
"Walaupun perkara itu hanyalah gurauan, tetapi ia telah dilihat daripada sudut berbeza setiap penonton. Maka saya akui dengan kesalahan itu.
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012.Shila ditemui pada sidang akhbar Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza di Hotel One World dekat sini, Isnin.
Kata-kata Shila pada acara APM2012 itu menyebabkan Sharnaaz kurang senang sehingga membuatkan dia memuat naik entri Twitter yang agak kasar terhadap Shila pada malam Ahad.
Bagaimanapun kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, Sharnaaz telah memadam entri tersebut dan mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh akaun Twitter miliknya itu.
Shila
mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya. Bagaimanapun entri ini telah
dipadamkan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Isnin kira-kria
pukul 7.30 malam."Saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan kerana ia sudah pun selesai. Apa yang ditulis Sharnaaz dalam Twitter, saya tidak akan komen," katanya.
Sementara dalam perkembangan lain Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya untuk dijadikan isteri.
Perkara itu disahkan Shila dalam Twitter miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 7.30 malam Isnin tetapi telah dipadamkan tidak lama kemudian.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen terbaharu itu tidak kesampaian apabila pasangan tersebut tidak menjawab panggilan telefon.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: