Hakim Mahkamah Sesyen, Dazuki Ali turut menjatuhkan hukuman 19 sebatan ke atas Ahmad Faqis Ismail, 22, dari Selama, Perak dan rakannya, Suhairi Yusuf, 42, dari Temerloh Jaya, di sini, 15 sebatan.
Dazuki mengarahkan Ahmad Faqis yang disabitkan 11 pertuduhan ragut dan Suhairi 10 pertuduhan menjalani hukuman penjara secara berturutan bagi setiap kes yang disabitkan ke atas mereka.
Ini bermakna Ahmad Faqis yang kini berumur 22 tahun akan menjalani 55 tahun hukuman penjara, manakala rakannya, Suhairi yang berusia 42 tahun akan menjalani 47 tahun hukuman penjara.
Berdasarkan rekod, kedua-dua rakan terbabit mula melibatkan diri dalam jenayah ragut sejak Oktober lalu sehinggalah kejadian terakhir apabila mereka meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Selayang berhadapan Bank Agro Temerloh.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis kemudian berjaya menjejak kedua-dua penjenayah terbabit dan menangkapnya di hadapan stesen minyak Esso Jalan Triang.
Siasatan polis kemudian memperoleh beberapa barang kes ragut disimpan di sebuah rumah sewa tidak bernombor di Kampung Buntut Pulau.
Kes semalam dibicarakan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Kesemua 11 kes semalam dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: