Hillary Duff anggap pengalaman membesarkan anak pertama memenatkan dirinya.Bagaimanapun, Duff berkata, dia dan suami tetap berusaha memperuntukkan waktu berkualiti bersama.
"Keadaan sangat berbeza sekarang. Saya berasa terlalu penat pada setiap malam selepas seharian menguruskan anak.
"Saya bergerak ke sana sini di dalam rumah kerana dia (anak) semakin lasak. Dia cuba untuk bercakap dan agak agresif," katanya seperti dipetik laman contactmusic.com.
Duff dan anaknya, Luca yang kini berusia sembilan bulan."Secara dasarnya, saya dan Mike terlalu obses dengan Luca. Dia anak yang sempurna.
"Saya fikir apabila anak anda semakin membesar anda pasti merindui fasa ketika dia masih bayi dan mula merancang untuk anak seterusnya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: