Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan akhirnya sah bergelar suami isteri. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu.
Anne yang mengenakan busana rona krim berkata, dia berharap perkahwinan kali kedua itu dapat berkekalan dan berdoa agar cabaran dan dugaan yang bakal diterima boleh diatasi dengan baik.

Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.
"Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat.
"Dalam pada itu, saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa," ujarnya.

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.
Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.
Pasangan tersebut akan mengadakan majlis persandingan pada hari esok (Ahad) di kediaman pihak lelaki.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: