SEAWAL pukul 10 pagi ruang legar Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor sudah mula dikerumuni orang ramai.
Namun, mereka yang datang bukanlah untuk membeli-belah semata-mata di situ sebaliknya, teruja dengan program Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 peringkat Zon Selatan yang diadakan di sana Ahad lalu.
Dianjurkan bersama oleh Daisy dan akhbar kompak, Kosmo! pelbagai acara diatur untuk warga selatan pada hari itu. Salah satu yang paling ditunggu-tunggu sudah semesti pemberian secara percuma 200 botol minyak jagung Daisy 500 mililiter kepada pengunjung.
Kaunter Kosmo! pada sebelah pagi sememangnya paling meriah apabila orang ramai membawa dua keping kepala akhbar Kosmo! untuk ditukarkan dengan minyak jagung Daisy.
Tidak sampai satu jam, semua 200 botol minyak jagung Daisy habis bak goreng pisang panas sehingga ada pengunjung yang hampa.
Walaupun tidak berpeluang mendapatkan minyak jagung Daisy percuma, para pengunjung di Plaza Angsana dapat menyertai peraduan teka minyak selain merasai kek hitam manis dan biskut kacang hijau Daisy air tangan Chef Liza Zainol.
Orang ramai juga boleh mendapatkan minyak jagung Daisy pada harga promosi pada hari itu.
"Minyak jagung Daisy 3 kilogram (kg) dijual pada harga RM21.99 sahaja berbanding harga biasa RM25.65. Pembelian tersebut juga melayakkan pembeli mendapat tiga naskhah buku resipi Daisy, minyak jagung Daisy 150 gram dan beg cenderamata Daisy," kata Pengurus Produk Bahagian Makanan Lam Soon, Cecilia Lee.
Tepat pukul 12 tengah hari, Chef Liza yang juga Duta Daisy tampil ke pentas untuk memulakan demonstrasi membuat kek hitam manis dan biskut kacang hijau Daisy.
Usai sesi demonstrasi kek dan biskut, hadirin menyaksikan dua orang pengunjung berentap dalam pertandingan menghias meja oleh Corelle sambil dihiburkan dengan celoteh Tazneem Faisal Meerangkutty yang merupakan pengacara program Selamat Pagi Malaysia saluran RTM.
Aksi Duta Daisy
Kedua-dua pengunjung lelaki dan wanita tersebut menunjukkan kreativiti masing-masing menghias meja untuk membawa pulang hadiah barangan Corelle.
Nasib menyebelahi Mohamad Syaif Azim Mohamad Tahir, 21, yang menampilkan susunan lebih kreatif dan kemas kerana berpengalaman melakukan hiasan meja di hotel tempatnya bekerja secara sambilan.
Pengurus Besar Perwira Nadi Trading Sdn. Bhd., yang merupakan pengedar tunggal barangan Corningware dan Corelle, Pang Tieh Yee memberitahu, gerainya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Johor Bahru.
"Produk pinggan mangkuk ini boleh bertahan hingga lima dekad jika dijaga dengan baik. Ia boleh diturunkan daripada generasi ke generasi," katanya sambil mengalu-alukan orang ramai singgah ke gerai promosi Corningware dan Corelle di destinasi-destinasi Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 yang seterusnya.
Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah pertandingan menghias kek cawan, Daisy Challenge, persembahan nyanyian oleh Alyah dan Black Mentor serta tarian zapin daripada kumpulan Tari Alif.
Dalam pertandingan Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 Zon Selatan, nasib menyebelahi dua sahabat yang muncul juara kategori kek dan biskut iaitu Fadilah Mustafa, 50 dan Rogayah Mat Taib, 56.
Tempat kedua bagi kategori kek pula menjadi milik Zurliyani Mohd. Abdul Aziz, 36, manakala Hasrimawati Hutar, 36, menduduki tempat kedua kategori biskut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: