SEJAK dahulu, Camel Active memang dikenali dengan pakaian jejaka yang mencintai aktiviti luar. Ternyata ia mempunyai kelompok peminat tersendiri yang tidak begitu menekankan aspek fesyen cita rasa tinggi.
Namun, itu bukan alasan bagi jenama itu untuk tidak mengubah suai koleksi mereka agar rekaan yang disediakan sentiasa segar.
Koleksi baharu musim ini diinspirasikan buat lelaki yang suka mengembara. Asia Tenggara menjadi simbolik penghasilan pakaian kali ini. Rekaannya juga terbit daripada impian si pemakai dalam mencari dunia baharu menerusi penerokaan tersebut.
Ciri tahan lasak bagi melindungi tubuh badan, tekstil kapas kompak dalam fabrik dril, kain gaberdin dan kanvas tenunan ala askar menghasilkan rupa kasar idaman jejaka.
Paduan linen pula memberi tekstil tersebut sifat ringan dan menguatkan perasaan musim panas serta selesa disarungkan. Material kapas teknikal dan gabungan kapas nilon memberi kualiti pelbagai fungsi dan bertindak sebagai pakaian pelindung tubuh.
Lengkapkan gaya maritim popular itu dengan menyarungkan kasut nautika, inspirasi kasut boat atau but bersama efek vintaj.
Aksesori seperti beg kanvas bertali cerut, tali pinggang dan dompet daripada material kulit juga tidak akan mengecewakan jejaka yang bercadang mahu mengukuhkan sisi seorang pengembara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: