DEM Lepak Boyz mendapat tiket ekspres ke peringkat akhir Showdown 2012.
Sebagai pemegang tiket ekspres, Dem lepak Boyz bukan saja layak untuk terus beraksi di peringkat akhir, malah menyelamatkan mereka dari proses penyingkiran.
Sejak awal lagi kami sudah mengingatkan setiap kumpulan supaya sentiasa menjaga prestasi mereka. Ini kerana setiap minggu perkembangan mereka dipantau. Kami memilih kumpulan Dem Lepak Boyz kerana perjalanan mereka sepanjang menyertai program ini sangat menarik". - V Ganesh, Penerbit Showdown 2012
“Sejak awal lagi kami sudah mengingatkan setiap kumpulan supaya sentiasa menjaga prestasi mereka. Ini kerana setiap minggu perkembangan mereka dipantau. Kami memilih kumpulan Dem Lepak Boyz kerana perjalanan mereka sepanjang menyertai program ini sangat menarik.“Mereka bermula sebagai sebuah kumpulan All Staz berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Tapi kemudian prestasi mereka sedikit menurun sebelum kembali bangkit.
“Pemilihan mereka bukan sekadar disebabkan kesungguhan mereka tetapi perkembangan serta inisiatif yang ditunjukkan,” katanya ketika ditemui selepas konsert mingguan Showdown 2012 di KL Life berakhir, Rabu lalu.
Turut sama pada sidang media itu penerbit bersama Showdown 2012, Krshna M Pathmasingam.
Untuk minggu lalu, peserta diberi tema Sarkas dan setiap kumpulan perlu tampil dengan tarian berkonsep acara hiburan itu.
“Bukan mudah untuk menampilkan tarian berkonsep sarkas kerana peserta perlu tampil dengan konsep pakaian dan penggunaan props yang menepati tema.
“Peserta juga perlu menterjemah elemen hiburan dan fiesta. Tak ramai yang mampu menghasilkan persembahan bertemakan sarkas dan hanya yang terbaik saja seperti Dem Lepak Boyz dan beberapa kumpulan lain melepasi halangan itu,” ujarnya.
Andai penerbit dari awal melihat potensi kumpulan Dem Lepak Boyz bakal dianugerah tiket ekspres, si empunya diri tidak pernah menganggap bahawa apa yang mereka peroleh adalah sesuatu yang mudah untuk digenggam. Malah anggota kumpulan itu mengakui persaingan pada malam itu sengit.
“Persaingan datangnya daripada kumpulan Walawei yang menunjukkan persembahan menarik malah dipuji juri. Bagaimanapun, kami berusaha memberi yang terbaik iaitu dengan menampilkan rutin tarian yang lebih kreatif dan mencabar seperti radikal move atau kami gelarkan sebagai suicide iaitu menghempaskan diri di atas lantai.
“Rutin tarian ini memang merbahaya dan kita tidak boleh silap. Jika berlaku kesilapan, kecederaan pasti berlaku,” jelas salah seorang anggota kumpulan iaitu Mohammad Rizwan Mohd Yasin atau One Juicy.
Ditanya peluang melangkah ke final melalui tiket ekspres mungkin menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan peserta lain, One berkata, kumpulan lain menerima keputusan juri itu dengan hati terbuka.
Walau diberi laluan mudah untuk ke peringkat akhir, namun tidak bermakna mereka hanya berpeluk tubuh.
“Saya tak nafikan peluang seperti ini sebenarnya memberi tekanan kepada kami untuk memberi yang terbaik di peringkat akhir nanti. Justeru, kami berjanji akan memberi saingan sengit dan bukannya sekadar berpuas hati dengan apa yang pernah ditonjolkan sebelum ini,” katanya.
Juara Showdown 2012 bukan saja membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 malah berpeluang menimba pengalaman di luar negara dengan menyertai bengkel di The Urban Dance Camp di Lorrach, Jerman. Peringkat akhir pertandingan ini berlangsung Rabu minggu depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: