MARANG – "Hari minggu kami berpesta rezeki, hasil jualan meningkat berkali ganda, saya pernah dapat RM2,000 sehari setelah satar berjaya dijual sebanyak 1,000 batang." Demikian cerita seorang pengusaha makanan laut, Mohamad Nor Ali, 48, dari Kampung Baru Rhu Muda, di sini.
Katanya, bagi peniaga hasil makanan laut di jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, kedatangan hari minggu amat dinantikan, terutama apabila tiba hari cuti persekolahan.
Hari ini (semalam), kata Mohamad Nor, dia dan keluarga serta dibantu beberapa pekerja, tidak menang tangan menambah jumlah satar yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat mendadak.
“Jika hari biasa, saya hanya mampu menjual kurang 300 batang satar sehari tetapi apabila tiba hari minggu, iaitu Sabtu dan Ahad yang merupakan hari cuti bagi negeri lain, hasil jualan akan meningkat berkali ganda, "Satar yang saya jual RM2 sebatang ini mampu habis sehingga 1,000 batang dalam masa sehari," katanya.
Katanya, pada Ahad, pelancong dari negeri lain yang bercuti di negeri ini ataupun yang datang ke Terengganu atas urusan kerja akan singgah di gerainya untuk mendapatkan oleoleh bagi dibawa pulang ke rumah.
Kata Mohamad Nor, dia bertuah kerana kedainya yang dinamakan Keropok Lekor 592 terletak di lokasi strategik dan tidak perlu mengeluarkan kos untuk mengadakan promosi.
"Lagipun, keropok dan sayat yang saya hasilkan diakui pelanggan mempunyai rasa yang berlainan membuatkan promosi dari mulut ke mulut sudah cukup untuk melariskan perniagaan," katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.
Katanya, selain satar, jualan keropok lekor dan keropok keping digerainya juga meningkat mendadak pada hari minggu. "Pada hari minggu saya mampu memperoleh lebih RM1,000 sehari hasil jualan keropok berbanding hari biasa yang hanya dapat RM500 sehari," katanya.
Monday, June 25, 2012
RM2,000 sehari jual satar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: