KUALA LUMPUR - Menari gaya bebas dalam tempoh 10 minit, kemudiannya mereka akan dibayar RM300, membuatkan sekumpulan gadis sanggup berpakaian seksi membiarkan tubuh mereka ditonton pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, di sini.
Situasi itu diakui sendiri empat remaja yang ‘kantoi’ dalam operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke atas salah satu daripada empat premis hiburan yang diserbu malam semalam.
Dikenali sebagai Baby, 27, berkata, dia bersama tiga kawannya yang lain datang ke premis hiburan tersebut hanya ketika mendapat undangan menari.
“Saya hanya datang jika ada undangan dan kami dibayar RM300 seorang untuk mempersembahkan tarian dengan gaya bebas untuk tempoh 10 ke 15 minit,” katanya.
Seorang lagi remaja, yang dikenali sebagai Tasha, 18, berkata, apa yang dilakukannya itu tidak lebih daripada sekadar untuk 'mencari makan’.
Dakwanya yang mengaku berhenti sekolah sejak tingkatan tiga, ibunya tahu apa yang dilakukannya.
“Saya hanya cari duit, bukan jual tubuh, kami juga dijaga agar tiada pengunjung tidak mengambil kesempatan ke atas kami,” katanya.
Operasi bermula jam 10.30 malam dan berakhir 2 pagi itu, disertai 40 anggota penguat kuasa Jawi dengan kerjasama polis dan bahagian pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan dan dua lagi di Jalan Dooraisamy.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan itu, 10 notis pemberitahuan hadir ke Jawi dikeluarkan untuk siasatan lanjut atas empat gadis berkenaan, termasuk enam lelaki lelaki beragama Islam yang dicekup kerana meminum arak.
Dalam serbuan berasingan, seramai 12 wanita beragama Islam yang sedang melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan dangdut di sini, terkejut diserbu Jawi.
Wan Jaafar berkata, mereka yang dicekup akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 dan 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan kesemuanya diberi notis perintah hadir kaunseling.
Difahamkan, pusat dangdut yang beroperasi pada jam 8.30 malam itu turut menyediakan bilik karaoke dan menawarkan 30 khidmat pelayan pelanggan (GRO) berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun dengan bayaran hanya RM40 untuk sejam.
Kesemua GRO terbabit juga boleh ditempah sebagai khidmat seks.
Monday, June 25, 2012
Habuan RM300 jadi tarikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: