PERNIAGAAN mudah alih di Malaysia dijangka berkembang lebih daripada tujuh kali hingga mencecah RM3.43 bilion pada 2015 bersamaan dengan 60 peratus pasaran beli belah dalam talian.
Pengarah Urusan PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem berkata, tahun lepas, pasaran perniagaan mudah alih Malaysia mencatatkan pertumbuhan hebat kepada RM467 juta berbanding RM101 juta pada 2010.
“Peningkatan ini didorong oleh penembusan telefon pintar dan tablet yang tinggi, serta perubahan tingkah laku pengguna,” katanya pada satu sesi taklimat media mengenai Pemahaman Beli Belah Dalam Talian dan Mudah Alih 2011 di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, 29 peratus pengguna telefon pintar melayari Internet sebelum beli barangan untuk membuat perbandingan maklumat produk.
“Sementara itu, pembeli melalui perkhidmatan mudah alih merupakan hampir separuh daripada keseluruhan pembeli dalam talian tahun lepas, berbanding kira-kira 22 peratus pada 2010, dengan peningkatan perbelanjaan RM500 pada 2011 daripada RM387 pada 2010,” katanya.
Ghanem berkata, menurut kajian itu, warga Malaysia membelanjakan RM337 juta melalui telefon pintar mereka tahun lepas berbanding RM108 juta melalui tablet.
Bagaimanapun, segmen tablet juga semakin meningkat.
Tuesday, June 19, 2012
Perniagaan mudah alih dijangka RM3.43 bilion pada 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: