U MOBILE SDN BHD dan Intel Malaysia baru-baru ini menjalin kerjasama strategik bagi menyediakan pengguna di pasaran dengan pakej unik pertama bagi peranti terkini yang digabungkan dengan Internet mudah alih terpantas, dimulakan dengan rangkaian peranti terkini Acer.
Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Jaffa Sany Ariffin berkata, pihaknya yakin pakej ini akan memberi manfaat kepada pengguna U Mobile yang menghargai kemudahan mobiliti dan sambungan terbaik.
“Inisiatif ini juga selari dengan usaha kami untuk memperkayakan pelbagai produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna,” katanya.
U Mobile adalah syarikat telekomunikasi pertama yang bekerjasama bersama Intel dan Acer untuk menggabungkan Ultrabook dengan pelan jalur lebarnya.
Intel dan U Mobile juga mengumumkan mereka komited untuk memperkenalkan produk pakej baru setiap dua hingga tiga bulan.
Pengguna kini boleh memiliki Acer M3 Ultrabook dan nikmati enam bulan pelayaran Internet berkelajuan tinggi dengan kelajuan sehingga 42Mbps serendah RM2699.
Selain Acer M3 Ultrabook, U Mobile juga mempunyai pakej jalur lebar untuk Acer Iconia Tab W501.
Tuesday, June 19, 2012
U Mobile dan Intel jalin kerjasama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: