Friday, June 22, 2012

Cairan kuning dari kemaluan


JIKA cairan kuning keluar di luar waktu haid, anda hanya perlu mencucinya sebelum bersolat.


SAYA sering menghadapi masalah pengeluaran cairan kuning dari kemaluan. Adakah ia najis dan bagaimana untuk saya menunaikan solat?

JAWAPAN:

Dalam istilah fikah kekuningan itu disebut sebagai sufrah. Sementara keruhan yang menghampiri warna hitam itu dinamakan kudrah. Kata seorang sahabiyyah yang bernama Umm ‘Atiyyah: “Kami tidak menganggap kudrah dan sufrah selepas suci (daripada haid) apa-apa pun” (Riwayat al-Bukhari, al-Nasai, Abu Daud dan al-Nasai).

Lafaz ini lafaz Abu Daud, sanadnya sahih. Berdasarkan riwayat ini, maka ada dua keadaan. Pertama, jika ia keluar pada waktu kebiasaan haid, maka dia dianggap haid. Jika ia keluar pada waktu yang kebiasaannya saudari suci, maka ia tidak dianggap sebagai haid. Cumanya saudari perlu membasuh kemaluan setiap kali ingin menunaikan solat kerana ia dianggap kotoran yang perlu dibersihkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: