Friday, February 17, 2012

Jurugambar media guna kren rakam gambar rumah


BEBERAPA kren digunakan oleh beberapa jurugambar media yang mahu merakamkan gambar rumah mewah bekas Ketua Setiausaha Hong Kong, Henry Tang di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Anggota-anggota media menaiki kren untuk merakamkan gambar rumah bekas Ketua Setiausaha Hong Kong, Henry Tang semalam.

Mereka sanggup menggunakan kren itu bagi merakamkan gambar dan video rumah Tang yang didakwa mempunyai sebuah kelab mewah yang dibina secara haram di bawah rumahnya itu di sini.

Pelan kelab itu yang diperoleh akhbar-akhbar menunjukkan ia mempunyai sebuah bilik teater rumah, sebuah gimnasium, tempat mandi ala Jepun, bilik menguji minuman wain dan bilik simpanan wain.

Tang merupakan calon pilihan China untuk menjadi Ketua Esekutif Hong Kong dalam pemilihan bagi mencari pemenang jawatan itu Mac depan.

Dia akhirnya mengaku membina ruang bawah tanag itu secara haram tetapi menyatakan ia hanya sebagai stor.

Sebelum ini Tang menafikan membina struktur haram di bawah rumah mewahnya.

Calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong bagi mewakili Parti Demokrat, Albert Ho meminta Tang menarik diri daripada pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut ekoran isu pembinaan haram itu.

Pemenang jawatan yang akan dipilih menerusi undian 1,200 anggota itu akan menggantikan Donald Tsang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: