BANDAR GAZA - Jet-jet pejuang Israel membedil sebuah balai polis di Al-Tofah, Palestin dalam dua serangan udara semalam.
Menurut jurucakap tentera Israel, sebanyak dua serangan udara dilakukan di utara dan tengah Genting Gaza selepas satu serangan roket dilancarkan pejuang Palestin ke selatan negara Yahudi itu.
Dia berkata, serangan tersebut disasarkan di pusat-pusat aktiviti keganasan.
Menurut tentera Isarel, sejak permulaan tahun ini, kira-kira 20 serangan roket dilancarkan ke selatan Israel dari Gaza yang dikuasai pentadbiran pergerakan Hamas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: