Friday, February 17, 2012

Hantar Orang Tua Ke Pusat Jagaan Harian Jadi Rutin Masyarakat

Kehidupan ibu bapa lebih terurus di pusat jagaan harian ketika anak-anak mereka keluar bekerja. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Masalah berdepan dengan tekanan ekonomi dan desakan hidup ialah antara faktor runtuhnya sebuah institusi keluarga.

Menjaga ibu bapa yang berusia bolehmelibatkan kos dan tumpuan masa yangbanyak, oleh itu ada anak-anak yang memilih menghantar orang tua mereka ke rumahpenjagaan orang tua.

Isu itu menjadi topik perbincangan di sebuah radio baru-baru ini danmenerima banyak maklum balas daripada pendengar yang rata-rata mengutukperbuatan itu.

Seorang pendengar berkongsi pengalaman menghantar ibunya ke rumah jagaanorang tua secara harian.

Menurut pendengar itu, beliau berbuat demikian atas persetujuan ibunya sendiri yang merasa sunyi sendirian di rumah, semasa beliau bekerja.

Selain itu, ia juga bagi memastikan keselamatan ibunya ketika beliau keluarbekerja.

Langkah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua secara harian atau rumah penjagaan harian orang tua, bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat hari ini, terutama anak-anak yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Soal kewangan mungkin bukan satu masalah kerana kebanyakan merekaberkerjaya, namun kekangan masa menjadi penyebab.

Pusat penjagaan harian memastikan ibu bapa, terutama yang uzur, dijagadengan lebih sempurna dan dalam masa yang sama anak-anak masih berpeluang untukbersama mereka ketika pulang ke rumah.

DEMI KESELAMATAN IBU

Bagi Muhammad Yaser Abdul Aziz, 38, langkah menghantar ibunya, SatariahSaad, 70, ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, sejak enambulan lalu adalah langkah terbaik demi menjaga kesihatan ibunya yang semakinuzur.

Jurutera sebuah syarikat swasta itu berkata beliau menghantar ibunya yangmenghidap penyakit nyanyuk atau Alzheimer ke rumah jagaan itu sejak enam bulanlepas kerana bimbangkan keselamatannya semasa beliau bekerja.

Rumah itu tidak jauh dari tempat tinggalnya di Puchong dan tempat kerjanyadi Cyberjaya.

"Selepas memandikannya dan bersarapan bersama di rumah, saya hantar emak kepusat jagaan itu dan petang bila habis kerja, saya akan menjemputnya danmembawanya pulang ke rumah.

"Pada sebelah malam, kami akan duduk makan bersama, menemaninya hingga diatidur. Jadi masanya sentiasa dipenuhi dengan rakan dan anak, serta cucu,"katanya kepada Bernama.

Anak bongsu tiga beradik, kesemuanya lelaki ini berkata, beliau membawaibunya tinggal bersama sejak tahun 2009 selepas bapanya meninggal dunia.

Ini kerana beliau bimbang keselamatan ibunya yang tinggal sendirian dikampungnya di Teluk Intan, Perak.

"Emak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Risau biarkan dia keseorangan di kampung. Tak ada sesiapa nak jaga, kerana kesemua anak ada di Kuala Lumpur," katanya.

Namun sejak hampir setahun lalu, ingatan ibunya semakin kurang dan tanda-tanda Alzheimer mula dikesan apabila ibunya asyik mahu keluar rumah dan berkelakuan seperti budak-budak.

Muhammad Yaser berkata setelah dirujuk dengan pakar, doktor menasihatkan agar ibunya tidak dibiarkan sendirian dan perlukan teman bagi mengurangkanpenyakit itu.

PANDANGAN NEGETIF MASYARAKAT

Setelah berbincang dengan dua abangnya, mereka sependapat bahawa pilihanterbaik adalah dengan menghantar ke rumah jagaan orang tua.

"Bukan kerana tidak mampu menjaga ibu, tapi kesian tengok dia sendirian danbimbang jika dibiarkan, penyakitnya semakin teruk.

"Nak cari pembantu yang khusus menjaga orang tua susah, lagipun saya takpercaya," katanya.

Muhammad Yaser berkata sebelum ini beliau mencari rumah jagaan yag sesuai ,akhirnya bertemu dengan pemilik Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas,ini.

"Setelah melihat sendiri bagaimana rumah jagaan ini diuruskan dan melihat bagaimana mereka mengisi aktiviti keagamaan, saya bersetuju untuk menghantar ibu ke sini," katanya.

Menurutnya, pelbagai persepsi negatif diterima dari masyarakat sekelilingapabila mengetahui beliau menghantar ibunya ke rumah jagaan orang tua.

Namun menurut Muhammad Yaser, mereka boleh berkata apa sahaja, hakikatnyahanya dia dan keluarga yang memikul dan tahu apa yang terbaik untuk ibunya.

MENGURANGKAN KEBOSANAN ORANG TUA

Selepas enam bulan berulang alik ke rumah penjagaan, beliau berkatakesihatan ibu, terutama penyakit Alzhimernya, bertambah baik.

"Jika sebelum ini, emak saya suka mengamuk, cepat marah, tapi sejak beradadi sana, ada kawan dan mengikuti aktiviti yang disediakan, beliau nampakgembira dan bertambah baik," katanya.

Ketika penulis bertemu ibu Muhammad Yaser, Satariah, di Rumah Jagaan danRawatan Orang Tua Al-Ikhlas, beliau berbual dengan rakan-rakan penghuni di rumahitu.

Apabila penulis memperkenalkan diri, Satariah menyambutnya dengan ramah danmenjawab soalan dengan baik.

Menurut Satariah, beliau pernah pernah bekerja sebagai guru taska dandihantar ke sini oleh anaknya Muhammad Yaser.

Menurutnya, setiap hari beliau mengikuti kelas agama dan solat jemaah,namun masalah mata yang semakin rabun membuatkan beliau sukar untuk membacaAlquran.

"Tak buat apa-apa, hanya duduk, baring, berbual dengan kawan-kawan di sini.Ada kelas agama mak cik dengar sekali, lepas tu ada sembahyang jemaah.

"Petang anak mak cik bawa balik ke rumahnya. Makcik seronok ada kawan, tak ada masalah di sini," katanya.

LANGKAH YANG WAJAR

Sementara itu, pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling FakultiPendidikan, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor berkata langkahmenghantar ibu bapa ke rumah penjagaan harian mungkin boleh menyelesaikanmasalah atau dilema yang ditanggung oleh anak yang bekerjaya.

Sekiranya niat menghantar ke rumah jagaan itu bagi mendapatkan yang terbaikuntuk ibu bapanya, maka ia adalah wajar.

Namun jika niat dan fikirannya menjaga ibu bapa itu sesuatu yang menyusahkan dan merimaskan, maka ia tidak wajar menghantar ibu bapanya ke sana.

"Jika sebab rimas ibu atau ayah duduk di rumah, menyusahkan hidup mereka,takut mereka merosakkan barang-barang yang ada di rumah, jatuh berdosa jikamenghantar ibu bapa ke rumah jagaan kerana ia boleh membuatkan orang tuaberkecil hati."

Namun beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum menghantar ibu bapake rumah jagaan, terutama dari segi kebersihan dan keselesaan rumah itu danjenis perkhidmatan yang diberikan

"Jika rumah itu sekadar mahu mengaut keuntungan dengan tidak mengambil kiraaspek keselesaan penghuninya, maka tidak wajar menghantar ibu bapa ke sana,"katanya,

"Matlamat kami ialah untuk menggembirakan mereka, membantu mereka mendapatkan ramai kawan dan menghilangkan kesunyian mereka, semasa kami keluar bekerja mencari rezeki," katanya.

1 comment:

  1. salam..berapa kos yang di perlukan untuk warga emas berumur di bawah 60 tahun

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: