MUAR – “Saya mahu tunggu bas untuk pulang ke rumah ibu di Merlimau, Melaka,” demikian alasan seorang kutu rayau yang cuba mengelakkan diri daripada diberkas oleh anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Operasi Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar tersebut, pagi semalam.
Abu (bukan nama sebenar) antara lima kutu rayau yang diberkas dalam operasi tersebut yang berakhir pada jam 4 pagi semalam.
Pegawai JKM, Mohd Nazri Husin berkata, pada mulanya Abu ditemui berkeliaran di Perhentian Bas Pagoh pada jam 11.30 malam.
Menurutnya, ketika sepasukan anggota JKM menghampirinya, dia cuba melarikan diri dengan memberi alasan menunggu bas untuk pulang ke Merlimau.
“Apabila anggota kami melakukan rondaan di Perhentian Bas Maharani, mereka menemui semula Abu yang ketika itu sedang tidur di perhentian berkenaan.
“Akhirnya dia diberkas pada jam 3.30 pagi, iaitu jarak kira-kira satu kilometer dari tempat pertama dia dijumpai,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Nazri berkata, Abu mendakwa dia baru tiba dari Singapura pada jam 8 malam dan kerana sudah tiada bas dia mengambil keputusan untuk tidur di situ.
“Dia yang terkejut dengan kedatangan kami, enggan untuk dihantar ke Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng, Melaka.
“Abu tetap berkeras untuk berada di perhentian bas itu dan akhirnya bersetuju untuk dihantar ke RSK setelah hampir setengah jam dipujuk oleh anggota JKM,” katanya.
Katanya lagi, selain Abu, seorang kutu rayau lelaki berusia 60 tahun turut dihantar ke RSK Cheng, Melaka.
Manakala, dua lagi kutu rayau dihantar pulang ke rumah mereka di Bukit Gambir, Ledang dan Merlimau.
Selain itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang diberkas di sebuah taman rekreasi di Taman Aman, Parit Jawa dekat sini diberikan amaran dan dihantar pulang ke rumah keluarganya di Parit Perupuk, Jalan Temenggung Ahmad.
Katanya lagi, operasi bulanan yang melibatkan 10 anggota JKM itu bertujuan mengurangkan bilangan pengemis dan kutu rayau di sekitar bandar ini.
Thursday, February 9, 2012
Guna alasan tunggu bas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: