Saturday, February 4, 2012

Aksi gegar benua

Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon) (baju kuning)
Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon) (baju kuning)

SELEPAS pusingan pertama Piala Negara-Negara Afrika berakhir, separuh daripada 16 pasukan terpaksa pulang ke negara masing-masing. Begitupun kelibat pemain baru turut mencuri perhatian di Equatorial Guinea dan Gabon.

Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon)

  • Foto

    Abdoul Razzagui Camara (Guinea)

  • Foto

    Abdoul Razzagui Camara (Guinea)

  • Foto

    Nathan Sinkala (Zambia)

  • Foto

    Youssef Msakni (Tunisia)

  • Foto

    Cheick Tidiane Diabate (Mali)

Penyerang berusia 22 tahun itu bukanlah pemain baru. Dia kini beraksi di Ligue 1 bersama St Etienne, dan turut beraksi dalam edisi lalu di Angola. Dua tahun lalu menyertai skuad Gabon selepas mewakili Perancis untuk skuad bawah-21 tahun.

Bapanya, Pierre menjadi kapten Gabon dalam penampilan pertama mereka sewaktu Piala Negara-Negara Afrika pada 1994 dan dianggap sebagai antara yang terhebat di negara itu tetapi tidak pernah menerima sanjungan sehebat anaknya seperti dalam tempoh beberapa minggu ini. Jaringan Aubameyang dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang Niger, Maghribi dan Tunisia memastikan pasukan tuan rumah bersama itu layak dengan mudah ke suku akhir dan menandakan kebangkitannya sebagai seorang daripada bintang baru bola sepak Afrika.


Aubameyang memulakan kariernya di AC Milan dan pernah beraksi di Lille, Monaco dan Dijon sebelum cemerlang bersama Stephanois.


Younes Belhanda (Maghribi)

Biarpun keputusan tidak memihak kepada skuad Maghribi dan mencetuskan kejutan apabila tersingkir awal tetapi Belhanda memukau dengan skil dan kepantasannya.

Kemampuan pemain berusia 21 tahun itu untuk memperdayakan barisan pertahanan dan menjadi watak penting di belakang penyerang dan semangatnya sudah terbukti.

Pemain kelahiran Perancis itu turut menarik simpati penyokong Maghribi apabila menangis sewaktu sidang media apabila Maghribi tersingkir selepas tewas kepada Gabon, 3-2.

Dia bangkit menebus maruah dengan membantu pasukannya meraih satu-satunya kemenangan di peringkat kumpulan dengan menewaskan Niger.

Biarpun kecewa dalam Piala Negara Afrika, rakyat Maghribi boleh berbangga dengan adanya generasi muda seperti Belhanda yang boleh membantu mereka untuk kelayakan Piala Dunia 2014.


Abdoul Razzagui Camara (Guinea)

Hanya beberapa minggu sebelum kejohanan itu, Camara menerima kebenaran untuk mewakili Guinea selepas disenaraikan untuk skuad remaja Perancis. Penampilan sulungnya dalam Piala Negara Afrika sebagai pemain gantian sewaktu menentang Mali, dan kepantasan serta kelincahannya di bahagian kiri banyak membantu.

Jurulatih, Michel Dussuyer tidak teragak-agak memasukkan pemain berusia 21 tahun itu dalam kesebelasan utama untuk perlawanan kedua menentang Bostwana apabila membantu dua jaringan dan menjaringkan satu gol peribadi.

Dilahirkan di Guinea, Camara berpindah ke Perancis sejak kecil lagi. Dia kini menemui susur galurnya di Afrika dan benua ini benar-benar menyerlahkan bakatnya.


Nathan Sinkala (Zambia)

Pemain berusia 20 tahun dilihat sebagai satu pertaruhan jurulatih Zambia, Herve Renard apabila disenaraikan sebagai pemain tengah dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A menentang Senegal. Begitupun Sinkala segera menakluki perlawanan itu.

Hantaran yang dilakukannya memberi kesan ketika Zambia bergantung kepada serangan balas untuk menewaskan lawan mereka.

Pemain tengah bertahan dari kelab tentera Green Buffaloes membuat penampilan sulung antarabangsanya November lalu apabila menentang India dan mendapat dua lagi peluang sebelum menyertai pasukan ke Piala Negara-Negara Afrika.

Darah bola sepak mengalir dalam tubuh Sinkala memandangkan abangnya Andrew beraksi untuk Bayern Munich di Bundesliga dan masih aktif di Jerman dengan pasukan baru FC Augsburg.


Youssef Msakni (Tunisia)

Kehebatan Msakni menguasai bola menyebabkan dia digelar ‘Leo’, merujuk kepada pemenang Ballon d’Or, Lionel Messi, selepas aksi cemerlangnya ketika menentang Niger di Libreville. Persembahan menakjubkan daripada pemain sayap kiri berusia 21 tahun itu disempurnakan dengan jaringan yang dianggap yang terbaik dalam kejohanan itu, sekali gus mempamerkan kekuatan dan kelincahannya.

Msakni dikaitkan dengan beberapa kelab di Itali dan Eropah selepas jaringan itu, di mana dia berjaya melepasi lima pemain pertahanan sebelum rembatannya gagal diselamatkan penjaga gol.

Biarpun pernah menyertai edisi lalu, dia perlu menunggu dua tahun lagi untuk memberi impak tetapi ada sesuatu yang menyedihkan berlaku dalam kunjungan kali ini.

Abangnya, Iheb, yang dijangka menyertainya dalam pasukan juara Liga Juara-Juara CAF, Esperance gagal dalam pemilihan, tersingkir dari skuad itu pada hari terakhir.


Cheick Tidiane Diabate (Mali)

Penyerang bertubuh tinggi ini menjadi sasaran dalam pasukan Afrika barat dalam kejohanan itu dan mengesahkan keupayaannya di kelab Perancis. Kini berusia 23 tahun, Diabate membuat penampilan sulung dalam skuad senior ketika berusia 17 tahun, selepas menyertai skuad Mali dalam Kejohanan Afrika Bawah 17 tahun pada 2005.

Begitupun, dia kerap diturunkan dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika kali ini selepas gagal dalam kejohanan lalu di Angola. Dengan ketinggian hampir dua meter, dia menjadi penyerang sempurna buat Mali tetapi juga mampu berlari pantas dan menangani situasi satu lawan satu dengan pertahanan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: