SEMUA wanita mahu kulit yang cerah, malah mereka yang berkulit sudah sedia cerah juga akan memastikan kulit mereka tetap putih dengan memakai pelindung matahari.
Menyedari hakikat tersebut, jenama penjagaan kulit terkemuka, Shiseido menghasilkan satu lagi produk penjagaan kulit muka terbaru yang diberi nama White Lucent Intensive Spot Targeting Serum.
Sebenarnya produk ini mula diperkenalkan pada tahun 2010, tetapi kini formulanya ditambah dan menekankan pada tiga langkah pencerahan dengan cara melindungi melanin, mengurangkan melanin dan menyasarkan pada pembentukan bentuk hitam.
Setelah dua tahun sejak ia mula diperkenalkan di pasaran, saintis Shiseido telah menemui formulasi baru yang lebih hebat dan dipertingkatkan di mana serum ini mampu menghilangkan tompok hitam degil.
Kesan kehitaman ini sememangnya menjadi satu cabaran bagi wanita yang mahukan kulit yang cerah sekata.
"Teknologi yang dihasilkan oleh saintis kami ini boleh diibaratkan seperti rawatan laser namun tidak menggunakan sebarang peralatan seperti laser.
"Kami mengambil inspirasi daripada rawatan laser di mana tumpuan hanya diberikan pada bahagian kulit gelap dan rawatannya bermula di bahagian tersebut.
"Shiseido telah menjalankan penyelidikan terperinci dan akhirnya menemui solusi untuk mengurangkan kesan kehitaman tersebut," jelas Pengarah Urusan Shiseido Malaysia, Jamie Ong.
Jamie yang berucap pada majlis perasmian serum tersebut di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor berkata, ia merupakan salah satu penemuan yang bukan sekadar omongan kosong, malah telah dibuktikan menerusi satu kempen khas yang telah bermula sejak enam bulan lalu di pusat-pusat membeli belah utama.
"Dalam kempen yang kami namakan sebagai real people, real life, real result ini, kami mendapat sambutan dari ratusan peserta.
"Namun kami telah menyenarai pendek dan akhir sekali memilih 48 peserta yang mengakui penggunaan serum ini telah memudarkan bintik hitam yang sedia ada pada wajah mereka sejak bertahun-tahun lalu.
"Bukan itu sahaja, ada juga peserta yang mengakui ramai rakan-rakan terdekat mereka mula menegur tentang perubahan warna kulit mereka yang semakin cerah dan kulit yang lebih cantik," jelasnya.
Menurut Jamie, kempen tersebut juga menemui kesimpulan bahawa 80 peratus peserta perasan akan perubahan positif pada wajah mereka hanya dengan 10 hari pemakaian serum tersebut.
Katanya, penggunaan Shiseido Intensive Spot Targeting Serum ini adalah di waktu pagi dan malam.
Ia dipakai sebelum menggunakan pelembap dan sapu lembut pada wajah yang bermasalah dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Begitupun, produk terbaru tersebut hanya akan berada di semua kaunter Shiseido pada Mac 2012.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: