
BANGKOK - Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej meminta rakyatnya bersatu padu sebagai respons ke atas banjir paling buruk dalam tempoh setengah abad negara ini.
Raja Bhumibol bertitah semalam bagi meraikan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 tahun.
Baginda bertitah di Istana Besar selama lima minit selepas dibawa dari sebuah hospital berdekatan.
Raja Bhumibol dirawat di hospital itu lebih dua tahun.
Sejumlah penduduk berbaris di tepi jalan dengan mengibarkan bendera dan menyorak panjang umur buat raja mereka.
Kehidupan kira-kira satu perlima daripada 64 juta penduduk Thailand terjejas ekoran banjir yang bermula lewat Julai lalu.
Lebih 600 orang telah mati.
Raja Bhumibol memberitahu kepada para pegawai bahawa kestabilan bergantung kepada kegembiraan rakyat.
Menurut baginda, adalah menjadi tanggungjawab untuk bekerjasama dan menyelesaikan masalah dengan mengikut kemampuan yang terbaik mereka.
"Perkara paling penting adalah anda tidak sepatutnya berpisah atau bergaduh sesama sendiri," titah baginda.
Negara Thailand telah menjadi sebuah negara yang berada dalam ketidaktentuan politik sejak tentera merampas kuasa pada 2006 bagi menggulingkan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra sekali gus menyebabkan perbalahan kuasa di antara para penyokong dan penentangnya.
Perbalahan itu kadang-kadang menyebabkan keganasan dengan pada tahun lalu, 90 orang kehilangan nyawa dan beberapa buah bangunan dibakar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: