
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, iaitu kadar yang sama seperti tahun lepas.
Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.
Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan Felda pada akhir bulan ini.
"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing," kata Najib.
Beliau berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil mereka dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19 tan/hektar.
klu dikaji semula,peneroka tidak layak menerima bonus,ini kerana atas apa faktor ia diberi bonus selain faktor politik,adakah kerna sebagai kontrak sosial pmbahagian k'untungan felda.peneroka dibayar atas ssetiap hasil yg dikeluarkan.100% dibayar tnpa ada potongan pelaburan untuk mdapat bonus saban tahun,keuntungan felda banyak disalirkan kepada generasi ke2 dan ke3 tetapi ramai menentang apa jua program yg djalan kan pengurusan felda,di manakah sikap budi dkenang itu?sudah pupuskah ia disebabkan oleh politik?semua xsempurna ttapi xkan xdak sedikit kebaikan yg harus dkenang,hanya nampak buruk org sahaja,buruk sendiri?
ReplyDelete