Semalam kami sempat hadir di pelancaran besar besaran Mface- Media Sosial tempatan yang dianjurkan oleh MBI Group of Companies .
Mface adalah seperti facebook , twitter dan blog dalam satu laman web. Dengan Mface, pengguna boleh berkongsi informasi , gambar , video dan dokumen pdf.
Apa perbezaan antara Mface dan media sosial yang lain seperti facebook ?
Perbezaan yang ketara adalah Mface menawarkan point sistem dimana anda boleh berkumpul mata bonus setiap kalai anda menggunakan Mface.. emmm… macam familiar aje sistem ni ..
Bagaimanapun , semalam seramai 60 artis tempatan hadir menyatakan sokongan mereka pada projek Mface ini . Antara artis yang hadir adalah Zizan Raja Lawak , Fizz Fairuz, Afdlin Shauki dan ramai lagi ..
Siapa orang kuat MBI atau Mface ni ??? Tak lain dan tak bukan adalah AC MIZAL ..aikk sorry …DATO AC MIZAL (tahniah dapat datokship dari negeri Pahang)
Jom kita dengar ucapan Dato AC MIZAL
Bagaimana pun , kami berharap semoga Dato AC Mizal & Team memperoleh kejayaan dalam projek Media Sosial ni…
Bukan senang nak buat macam FB ni .. dah beribu ribu syarikat dari seluruh dunia mencuba tapi tak terhasil .. kalau di tanya saya , saya sentiasa mempunya polisi ” WHY INVENT WHEELS WHEN YOU CAN IMPROVE IT” tapi kami juga berbangga kerana seorang sahabat , seorang ikon artis di Malaysia boleh menerajui syarikat laman media sosial .
Saya percaya dengan adanya sokongan komuniti artis , Mface akan berjaya tetapi dengan syarat , jangan warm warm chicken shit ..kena konsisten dan berubah mengikut peredaran zaman.. tengok aje Facebook..berapa kali bertukar layout untuk kepuasan pelanggan mereka… so all the best Dato AC Mizal !!
























BUKAN KE...TOKE2 MFACE NIII PENGANJUR SKIM PELABURAN INTERNET....SCAM....HUHHH
ReplyDeletemface,hahahaha nak daftar lah!
ReplyDelete