NAJIB (depan tengah) melaungkan Malaysia Boleh bersama atlet-atlet emas negara selepas majlis penyampaian insentif Shakam di Bukit Kiara, semalam. Turut hadir pada majlis itu, Ahmad Shabery (depan empat dari kiri).bersama-sama Ahmad Shabery (empat dari kini) me laungkan Malaysia Boleh |
INSENTIF buat atlet negara semakin lumayan. Justeru, tiada sebab kenapa mereka gagal menyerlah dalam setiap kejohanan yang mereka sertai pada peringat antarabangsa.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pertambahan sebanyak seratus peratus dalam pemberian ganjaran menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) mulai tahun hadapan.
Langkah tersebut adalah bagi menghargai kecemerlangan dan pengorbanan atlet negara yang berjuang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Berbanding sebelum ini, seseorang atlet yang berjaya menggondol pingat emas pertama akan menerima insentif berjumlah RM10,000 namun dengan pertambahan sebanyak seratus peratus itu, ia akan meningkat kepada RM20,000.
Jika atlet yang sama meraih pingat emas kedua pada kejohanan sama yang disertainya, dia bakal menerima RM10,000 berbanding RM5,000 yang diberikan sebelum ini oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Ini bermakna, jika atlet yang sama meraih dua pingat emas pada temasya Sukan SEA, maka beliau akan menerima jumlah keseluruhan RM30,000 di bawah skim baharu yang akan diperkenalkan mulai tahun depan, iaitu RM20,000 untuk kejayaan meriah emas pertama dan RM10,000 lagi untuk emas kedua.
“Untuk acara berpasukan, tahun ini mereka akan menikmati peningkatan itu serta-merta dan setiap orang daripada mereka menerima RM5,000 berbanding RM2,000 sebelum ini.
“Saya berharap insentif sebegini akan menjadi pendorong untuk setiap atlet negara mempertingkatkan usaha mereka dalam mencapai tahap prestasi yang tinggi,” ujarnya.
Najib mengumumkan berita baik itu ketika berucap pada majlis penyampaian Shakam kepada atlet-atlet yang berjaya meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta, Indonesia, November lalu.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Datuk Zolkples Embong.
Dalam majlis itu juga, Najib turut mengalung pingat emas kepada kuartet 4x400 meter lelaki negara yang dianggotai Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P. Uvaraaj dan S. Kannathasan selepas terlepas peluang menerimanya pada temasya tersebut ekoran terpaksa pulang awal.
Dalam perkembangan lain, Najib turut mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MSN dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama-sama menggerakkan model baharu liga profesional bola sepak negara.
Menurutnya, model baharu itu diharap dapat mewujudkan sebuah liga elit di peringkat Asia Tenggara dalam masa terdekat.
“Saya berpandangan bahawa pelaksanaan liga bola sepak negara dikaji semula mengikut kesesuaian dan kalau perlu, dibuat penjenamaan semula,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: