Wednesday, December 28, 2011

'Lapah' lori dalam ladang sawit


ROSLY (kanan) menunjukkan sebahagian daripada lapan buah lori curi yang dirampas daripada empat lelaki bergelar Geng Azlan pada sidang akhbar di Gombak semalam.


GOMBAK – Sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Azlan mempunyai cita rasa pelik apabila memilih ladang kelapa sawit untuk meleraikan lori yang dicuri sebelum kenderaan itu dijual kepada peladang-peladang dengan harga murah sejak awal tahun ini.

Lori kurang satu tan berharga RM80,000 itu akan dijual kepada peladang di sekitar Teluk Intan, Perak dengan harga di antara RM3,000 dan RM6,000 selepas mengikis nombor casis, menukar alat ganti dan nombor pendaftaran di dalam semak.

Mereka hanya mengambil masa kurang dari tiga minit untuk mencuri sesebuah lori di tepi jalan dengan menggunakan seutas wayar dan playar. Kerja-kerja mengubah suai diselesaikan dalam tempoh sehari.

Difahamkan, setiap lori yang dicuri akan dikumpulkan di dalam ladang berkenaan di kawasan Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak sebelum alat gantinya ditukar antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: