
JPO dijangka menarik kunjungan pelanggan dari luar negara melalui kepelbagaian jenama dan diskaun yang ditawarkan.
KULAIJAYA - Johor Premium Outlets (JPO), yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dijangka akan menarik tiga juta pengunjung pada tahun pertama operasinya.
Menurut Najib, beliau yakin rangkaian yang merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan ke-70 di dunia itu bukan sahaja akan menjadi tumpuan pelanggan tempatan tetapi juga pengunjung luar negara terutama dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.
"Saya yakin pengunjung dari luar negara terutama dari Eropah akan mengambil kesempatan daripada kelebihan kadar tukaran mata wang dan mendapati bahawa lebih ekonomi untuk mereka membeli-belah di sini," katanya pada majlis perasmian rangkaian JPO di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: